PRODUK SISTEM PEMPROSESAN KENAF ?K-BIOZYME SYSTEM: INTEGRATED DESIGN OF KENAF PROCESSING AND RECOVERY SYSTEM? RAIH ANUGERAH TERBAIK DAN PINGAT EMAS DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2020

KUALA LUMPUR 22 Februari  | Produk inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik FBKT, Dr. Mardawani Bt. Mohamad yang bertajuk “K-Biozyme System: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery System” telah berjaya meraih anugerah terbaik dan pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE). MTE telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 20 Februari sehingga 22 Februari. Produk tersebut berjaya meraih anugerah terbaik bagi kategori pertanian.

UMK telah menghantar 14 projek inovasi bagi penyertaan di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE). Produk inovasi “K-BioZyme System: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery system” adalah sistem bersepadu yang telah dibangunkan bagi pemprosesan kenaf bast fiber dan juga sistem “recovery” bagi kenaf “retted wastewater”. Sistem pemprosesan yang telah dibangunkan dapat mengurangkan tempoh pemprosesan selain dapat memperolehi hasil fiber yang premium. Selain itu, kenaf retted wastewater juga diproses bagi sistem recovery. Sistem bersepadu ini telah dibangunkan di Pusat pemprosesan LKTN dengan menggunakan konsep pemprosesan secara in-situ. Sistem yang telah dibangunkan ini adalah tambah baik daripada sistem sebelum ini iaitu BioZyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U).

Produk inovasi ini adalah kerjasama bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Kenaf Adsorbent Sdn. Bhd. Selain digunakan bagi tanaman kenaf, sistem bersepadu ini juga sesuai digunakan bagi pemprosesan dan recovery bagi tanaman yang lain seperti hemp, jute dan flex.

Artikel dan Foto: Dr Mardawani Binti Mohamad